Ahad, 9 Disember 2012
Jumaat, 7 Disember 2012
Latihan Tatabahasa
Nama : _________________ BAHASA MELAYU Markah : ________
Tahun 3 Latihan
Tatabahasa Tarikh
: ________
A. Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan-soalan
yang diberi.
Tan Kok Huat seorang petani.Dia
tinggal di Kampung Solok, Muar, Johor. Dia memiliki sebidang sawah yang luas.
Walaupun Tan Kok Huat buta huruf tetapi dia ringan tulang. Dia bermandi peluh setiap hari bersama
isterinya.
Tan Kok Huat juga baik hati
kerana selalu menolong orang yang tinggal sekampung. Dia mempunyai banyak cahaya mata. Anak
bongsunya yang bernama Tan Tat Weng telah
berumah tangga. Walaupun
tinggal di bandar, namun dia tidak lupakan ibu bapanya yang tinggal di kampung.
Apabila pulang ke kampung, dia selalu membawa buah tangan bersama.
1. Apakah pekerjaan Tan Kok Huat ?
_________________________________________________________________
2. Di
manakah Tan Kok Huat tinggal ?
_________________________________________________________________
3. Siapakah anak bongsu Tan Kok Huat ?
_________________________________________________________________
4. Di manakah anak bongsu Tan Kok Huat tinggal
?
_________________________________________________________________
5. Siapakah yang menolong Tan Kok Huat di sawah
?
_________________________________________________________________
6. Apakah yang dibawa oleh Tat Weng apabila
pulang ke kampung ?
_________________________________________________________________
7. Apakah kelebihan Tan Kok Huat ?
_________________________________________________________________
8. Padankan makna simpulan bahasa dan ungkapan
di bawah.
bermandi peluh > < tidak tahu membaca dan menulis.
buta huruf > < rajin bekerja.
ringan tulang > < anak yang pertama.
buah tangan > < suka menolong.
cahaya mata > < bekerja keras.
berumah tangga > < hadiah.
baik
hati > < anak.
anak bongsu > < berkahwin.
9. Isikan tempat kosong dengan simpulan
bahasa atau ungkapan dalam petikan yang
diberi.
a.
Kassim seorang yang __________________ kerana dia tidak bersekolah.
b.
Eric membawa ___________________ untuk datuknya apabila balik dari luar
negeri.
c.
Setelah dua tahun Kim Huat dan Meng Choo __________________, mereka
berpindah ke rumah baru.
d.
Banyak pekerja ___________________membina jambatan di bawah matahari.
e.
Kalau kita ____________________, kita pasti berjaya dalam pelajaran.
f.
Setelah setahun berkahwin, mereka mendapat seorang _______________ yang
comel
Ahad, 2 Disember 2012
Langgan:
Catatan (Atom)